Wednesday 30 March 2011

Pelancongan

   Malaysia merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas, dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang menpunyai permandangan yang indah, udara yang segar telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan yang strategi, negara kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya. Demi menarik pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-pulau tersebut.

Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih.
Pulau Langkawi yang mempunyai pantai yang cantik. 
   Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang mampu dikekalkan oleh kerajaan hingga ke hari kini dan telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara kita pada setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat bersejarah dengan mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan asalnya. Usaha ini telah membawa hasil yang lumayan kepada negara kita. Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A' Famosa, Gejara St. Paul, Kuil Chen Hoon Teng dan sebagainya.
Kota A Famosa
Gejara St. Paul

   Pelbagai pencapaian dan pengiktirafan telah didapatkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang membuktikan perkembangan negara kita dalam bidang pelancongan.
Menunjukkan kebudayaan Malaysia yang unik telah mengharumkan nama negara kita.
Lama Web Rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia telah mencapai tahap yang tinggi.

Ekonomi

   Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

   Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan usaha berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah keturunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada tahun 2010.

   Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.
Menara Kembar Petronas
Menara Kuala Lumpur
    Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.
Proton Inspira yang canggih dan berkualiti
Perodua Myvi yang berkualiti. berharga rendah dan pernah laris dijual di pasaran.

   Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah taraf hidup rakyat semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pelbagai kemudahan awam telah disediakan sama ada di luar bandar atau bandar supaya seluruh rakyat di Malaysia dapat menikmati kemudahan yang sempurna.
Pendidikan


   Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak adalah satu sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu oleh itu pendidikan vernakular yang diwujudkan oleh British telah diamalkan. Sistem pendidikan vernakular dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Setiap sekolah yang didirikan dahulu merupakan sekolah yang khusus untuk kaum tertentu dan ini menyebabkan kemunculan empat jenis sekolah iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.
   
   Selepas merdeka, pendidikan Malaysia telah diperkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pengenalan pendidikan percuma yang menyebabkan pertambahan murid-murid di sekolah rendah iaitu 44% dalam tempoh 1957 - 1967. Selain itu, beberapa buah pusat latihan harian dan maktab-maktab yang baru juga ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru. Contohnya ialah : Maktab Teknik di Kuala Lumpur, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor, Maktab Perguruan Gaya, Sabah, Maktab Perguruan Rajang, Sarawak.
   
   Di Semenanjung Malaysia, latihan guru bagi sekolah menengah dan rendah adalah berasingan. Latihan-latihan guru dijalankan di Maktab Perguruan Kota Bahru, Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. 
Maktab Perguruan Kota Bahru
Maktab Perguruan Gaya


Maktab Perguruan Sultan Idris
















Bagi menambahkan keupayaan guru terlatih maktab latihan harian ditubuhkan di Alor Setarm Taiping, Ipoh, Teluk Anson(Teluk Intan, Seremban, Melaka, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu. Jawantankuasa Mengkaji Latihan Perguruan juga telah ditubuhkan pada tahun 1969. Selepas merdeka, guru lebih terlatih dan menerima latihan yang sistematik dari pusat-pusat latihan guru. Kanak-kana kewarganegaraan Malaysia mulai masuk Tahun Satu di sekolah rendah pada umur 7 tahun dan mengikuti persekolahan selama 6 tahun. Selepas itu, ibu bapa bebas menghantar anak-anak ke sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Walaubagaimanapun, seluruh murid-murid sekolah rendah wajib mengikuti KBSR dan murid-murid sekolah menengah wajib mengikuti PMR dan SPM. 
Selepas SPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM atau di peringkat yang lebih tinggi contohnya di universiti.


   Sistem pendidikan di Malaysia yang semakin berkembang telah menyebabkan banyak sekolah, universiti, kolej dibina di Malaysia sama ada di bandar ataupun luar bandar supaya semua rakyat dapat menikmati institusi pendidikan yang tinggi. 
Universiti Teknologi Mara.


Universiti Malaya di Kuala Lumpur merupakan universiti yang terbaik di Malaysia.





Sukan



Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan  atau antarabangasa, atlit-atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai, dalam pelbagai arena.

            

Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

            

Lain pula dengan arena sepak takraw. Walaupun dalam arena ini, pencapaian pasukan negara tidak memberangsangkan, namun kejayaan memungut pingat emas pada Sukan Asia di Hiroshima, menjadi azimat apit kanan negara, Zabidi Sharif, 26, untuk terus mempertahankan pingat itu walaupun menyedari musuh tradisi, Thailand bakal menjadi penghalang. Penantian berkurun lama akhirnya sepak takraw mendapat pengiktirafan negara dengan regu emasnya di Sukan Asia Hiroshima dianugerahkan Olimpian 1994. Mungkin beberapa pihak mempertikaikan anugerah itu memandangkan sepak takraw belum melebarkan sayapnya menuju global, tetapi pengiktirafan itu adalah sebagai satu evolusi yang mencerminkan sukan tradisi itu mula membuka mata peminat dunia

            




Dalam pelbagai arena yang lain pula seperti boling dan skuasy. Atlit-atlit negara telah banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai temasya, sekaligus mempertingkatan martabat negara dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Seharusnya kejayaan atlit-atlit negara diberi pengiktirafan yang sewajarnya, agar dapat memberikan semangat kepada atlit-atlit negara yang lain dalam mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.




Pencapaian dalam beberapa dekad ini.
MELBOURNE 1956
Pasukan hoki pertama kali menyertai sukan Olimpik serta atlet olahraga, renang, angkat berat dan menembak. Pasukan hoki negara beraksi cemerlang pada peringkat kelayakan, tewas sekali tetapi hanya menamatkan kejohanan di tempat kesembilan dari 12 pasukan.

TOKYO 1964
Datuk Dr. M. Jegathesan (gambar) menjadi atlet Malaysia yang pertama layak ke pusingan separuh akhir acara 200 meter. Dalam saringan kelima di pusingan pertama, dia mencatat masa 20.92 saat dan masih merupakan rekod Malaysia sehingga kini.

MUNICH 1972
Buat pertama kali dalam sejarah pasukan bola sepak Malaysia yang dibarisi oleh M. Chandran, Soh Chin Aun, Wong Kam Fook, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah, Namat Abdullah, Lim Fung Kee, Ali Bakar, pasukan bola sepak kebangsaan layak ke Sukan Olimpik buat kali kedua di Moscow 1980, tetapi tidak mengambil bahagian kerana Malaysia memulau sukan tersebut.

BARCELONA 1992
Adik-beradik Sidek, Razif dan Jalani mencipta sejarah menjadi pemenang pingat Olimpik pertama selepas memenangi pingat gangsa.

ATLANTA 1996
Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memastikan pingat gangsa untuk negara selepas mara ke perlawanan separuh akhir acara badminton.

SYDNEY 2000
Lee Wan Yuen menjadi atlet taekwondo pertama negara layak di sukan Olimpik apabila ia pertama kali diperkenalkan di Sydney tetapi tewas kepada atlet Perancis, Myriam Baverel 4-8 di pusingan pertama kategori 67 kilogram wanita.

ATHENS 2004
Lim Keng Liat menjadi perenang pertama negara mara ke peringkat separuh akhir dengan mencatat masa kelapan terpantas 55.22 saat dalam acara kuak lentang lelaki. Pelumba basikal acara trek Josiah Ng turut layak ke akhir tetapi menduduki tempat kelima.